Flash Web merupakan suatu penyelesaian kepada masalah untuk menarik minat pelanggan atau "viewers" untuk melayari dan mengunjungi sesuatu laman. Elemen seni amat perlu diterapkan agar web kelihatan menarik dan selesa di mata pelanggan selain memudahkan pelanggan mendapatkan info dan melayari laman tersebut. Butang navigasi juga memainkan peranan penting, di mana ia membantu pelanggan mengetahui "page" mereka berada ketika melayari web tersebut. Penggunaan flash dalam css sedikit sebanyak membantu melancarkan sesebuah laman web selain menjadikan web itu seolah-olah hidup dan menarik di mata pelanggan.
Site Map
Site map merupakan perkara pertama yang perlu dibuat sebelum membangunkan sesebuah laman web. Site map mengandungi halaman-halaman yang akan diletakkan di dalam sesebuah web. Selain itu, ia menunjukkan cabang-cabang halaman yang akan dibuat.
Di bawah merupakan gambar site map bagi laman web yang akan dibangunkan:
Idea
Laman yang akan dibangunkan adalah laman flash mengenai sebuah produk kopi. Kopi yang akan dipromosikan hendaklah kopi jenama sendiri. Oleh itu, saya mempunyai beberapa idea mengenai beberapa nama kopi. pada asalnya, saya memilih nama "Black Bean" bagi jenama kopi yang saya buat. Namun saya rasakan ia terlalu ringkas dan menyamai kawan yang lain kerana meletakkan "Black" untuk hadapan nama kopi. Setelah itu, saya datang dengan idea "twister coffee". Namun,logo yang diilhamkan tidak memuaskan hati. Oleh itu, saya datang dengan idea "Bean Cup". Logo Bean Cup yang saya reka adalah berbentuk kopi tetapi pada bahagian bawah saya nampakkan ia seperti sebuah cawan.
Di bawah merupakan logo bagi produk kopi yang saya reka:
Logo Black Bean
Logo Bean Cup
Setelah membuat logo, seterusnya saya mula mencari idea untuk keseluruhan konsep dan idea laman flash serta laman-laman yang perlu ada di dalamnya. Seperti yang telah saya rangka dalam site map, kesemua laman-laman tersebut harus ada dalam laman flash saya.
Konsep yang saya pilih pada awalnya adalah merupakan sebuah kota atau bandar kopi. Namun bagi saya agak terlalu memeningkan kepala untuk melihatnya. Saya memilih konsep garden bagi produk kopi saya dengan memilih warna sejuk sebagai elemen utama sebagai salah satu cara menjayakan konsep ini.
Gambar di bawah merupakan lakaran ilustrasi serta ilustrasi menggunakan adobe illlustrator bagi idea-idea saya dari segi rekaan laman yang akan dibuat:
Sketch utk laman home
Sketch untuk laman produk
Sketch untuk laman bean cup world
ilustrasi menggunakan adobe ilustrator bagi laman bean cup world
ilustrasi bagi gifts
ilustrasi bagi laman contact
ilustrasi menggunakan ilustrator bagi laman gifts. Saya menyusun logo bean cup world menjadikannya berbentuk kotak hadiah.
Ilustrasi bagi produk
ilustrasi bagi laman about
ilustrasi asal untuk laman home
ilustrasi botol termos untuk gifts
Ilustrasi baju untuk laman gifts
ilustrasi bagi laman gifts
Ini pula merupakan contoh gambar laman Bean Cup yang saya reka. Saya cuma meletakkan flash pada laman home:
Pengalaman Pengguna
Sebanyak tiga orang responden dipilih untuk mencuba laman web ini.
keputusannya adalah seperti berikut:
- laman web kelihatan tenang dengan warna sejuk. Elemen flash kuurang namun flow air yang keluar dari teko amat berkesan. Namun lebih berkesan sekiranya ada elemen atau unsur bunyi.
- Laman web senang dilawati. Butang navigasi membantu memberitahu responden ada di mana.
- Isi atau maklumat boleh ditambah lagi.
- penggunaan warna menarik. ilustrasi juga berkesan.






















































